Teks : Rozida Ismail
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Sumber : http://irozida.blogspot.com/2013/09/kelas-asas-blog-dan-fanpage.html
Sumber : http://irozida.blogspot.com/2013/09/kelas-asas-blog-dan-fanpage.html
Assalamualaikum.
Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana hendak membuat blog
sendiri kerana ia tidaklah sesusah mana. Template sudah tersedia dan anda hanya
ikut sahaja apa yang dinyatakan. Hanya dua tiga klik, terhasillah blog anda.
Jadi, mengapa perlu lagi untuk mengikuti kelas asas blog dan fanpage?
Tetapi ramai antara yang menghasilkan blog itu hanya ghairah menulis ketika baru menghasilkan blog sahaja. Kemudian, tinggallah blog itu tanpa 'berusik' sekian lama. Umpama rumah yang sudah siap tetapi dibiarkan kosong tanpa penghuni. Kadang-kadang ada yang mempunyai banyak blog, tetapi hanya mengemas kini blog tertentu sahaja. Ini kerana mereka sudah kekeringan idea untuk menulis.
Tetapi ramai antara yang menghasilkan blog itu hanya ghairah menulis ketika baru menghasilkan blog sahaja. Kemudian, tinggallah blog itu tanpa 'berusik' sekian lama. Umpama rumah yang sudah siap tetapi dibiarkan kosong tanpa penghuni. Kadang-kadang ada yang mempunyai banyak blog, tetapi hanya mengemas kini blog tertentu sahaja. Ini kerana mereka sudah kekeringan idea untuk menulis.
Sebelum mengikuti kelas asas penulisan blog, saya sendiri telah
mempunyai blog. Tetapi blog saya kurang dikunjungi. Ini membuatkan saya berasa
rendah diri. Orang tidak mahu membaca tulisan saya. Lama kelamaan saya tidak
lagi rajin mengemas kini blog tersebut.
Tetapi apabila ternampak promosi tentang kelas asas blog dan
fanpage dengan harga yang sangat murah di facebook, saya terasa ingin mencuba.
Yuran kelas ini sebenarnya sangat murah dibandingkan kelas pembinaan blog yang
pernah saya hadiri. Sekiranya anda tidak ada budget yang besar atau masa yang
banyak untuk menghadiri kelas atau seminar berblog, saya nasihatkan anda sertai
kelas ini sahaja. Memanglah setiap kelas mempunyai cara dan ilmu yang
berlainan. Tetapi sesuai dengan namanya 'Kelas Asas' maka semua yang asas anda
boleh dapat di sini. Yang paling penting, guru anda 'hadir' di rumah atau di
mana-mana sahaja pada masa-masa senggang anda. Anda yang pilih dan tetapkan
masanya.
Saya merasakan pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat
daripada Kelas Asas Blog dan Fanpage yang dikendalikan oleh sifu Masayu Ahmad
dan Anys Idayu Zakaria sangat praktikal dan membantu. Apa lagi yang anda mahu,
Puan Masayu Ahmad merupakan blogger terkenal. Hasil kerjanya mendapat liputan
di akhbar-akhbar tempatan. Manakala, Anys Idayu Zakaria
(anysidayu.blogspot.com) merupakan anak didik beliau yang membantu sebagai
tenaga pengajar yang bertauliah.
Petikan dari akhbar Utusan Malaysia 14.2.2013. Sumber: belajarasasblog.blogspot.com
Tip dan panduan yang diberikan oleh
guru-guru Kelas Asas Blog ini memang menjadi. Jangan risau, jika anda tidak
mahir IT, mereka akan beri tunjuk ajar. Yang penting anda perlu buat sendiri.
Selain mendapat panduan secara 'live', anda juga akan dimasukkan dalam komuniti
blogger yang besar dan mereka akan membantu menaikkan bilangan pengunjung ke
blog anda. Inilah perkara yang paling penting, saling bekerjasama untuk
mempromosi blog. Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan. Anda tidak
perlu berasa rendah diri jika anda masih baru dalam dunia blogging.
Mungkin cerita yang biasa bagi anda adalah cerita luar biasa bagi orang lain.
Nasihat saya, jangan dengar kata-kata saya, tetapi cuba sendiri dan nilai
keberkesanannya.
*******************************************************
Kami di Akademi Bekerja Di Rumah mencari rakan
niaga/pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka
yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan.
Tiga produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan
pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan,
juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan
talian internet.
Mahu mulakan bisnes tetapi tidak ada produk? Kini kita tidak perlu risau lagi.
Mahu mulakan bisnes tetapi tidak ada produk? Kini kita tidak perlu risau lagi.
Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online
kini dibuka. Kita hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk
yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kita hanya berniaga tanpa
perlu keluar dari rumah. Apa yang kita perlukan hanyalah kesungguhan dan talian
internet.
InsyaAllah dengan kesungguhan, kita boleh menjana
pendapatan dari rumah. Peluang ini boleh dipilih mengikut pilihan hati suri
sekalian.
Hubungi saya, Azian Hamid
melalui : -
Facebook
: Azian Hamid
Email
: pnazianhamid@gmail.com
SMS/whatSapp : 012-4358140
No comments:
Post a Comment