Sunday 12 January 2014

Cross Stitch



Teks: Azian Hamid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin menceritakan bagaimana saya boleh berminat dengan seni Cross Stitch. Saya tiada pengalaman langsung mengenai Cross Stitch, tetapi oleh kerana minat saya berusaha mencuba mengenali seni Cross Stitch ini. "Tak kenal maka tidak cinta", itulah yang terjadi kepada saya. Saya berasa teruja kerana hasil usaha saya menjadi. 

Di bawah ini adalah gambar Cross Stitch pertama saya. 

           Foto : Koleksi Sendiri


Bahan-bahan untuk Cross Stitch terdiri daripada : -

Kain yang digunakan untuk membuat Cross Stitch ini bermacam-macam warnanya dan jenisnya.  Ada yang diperbuat dari DMC, Aida, Zweight, vynil weave, linen weave, Venus, Korea, dan China. 

                  Foto : Goggle
 
Jarum yang digunakan ialah adalah seperti gambar di bawah.

                             Foto : Goggle

Paten gambar juga mestilah ada, Jika kita tidak mempunyai paten gambar, kita boleh juga mencari di laman sesawang.

Cara-caranya : -

Apa yang penting untuk mengenali seni Cross Stitch ini ialah minat. Saya juga berpegang kepada kata-kata orang tua “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Anda boleh klik sini untuk tutorial lanjut.

Selamat mencuba dari saya.

No comments:

Post a Comment