Tuesday 28 January 2014

Ulasan Kelas Online - Fadhlina Yaacob





Guru Online :  Cikgu Aishah Hussein
Teks: Fadhlina Yaacob

Bismillah.

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Bermulanya proses pembelajaran

Assalamualaikum wbt,

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SOHO ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. Hehe

Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar :D

Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya :)

Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak :D

Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik :D

Terima kasih Kak Aishah.

Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)

Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.

Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)

Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.
                      
                           ***************************************************


Kami di Akademi Bekerja Di Rumah mencari rakan niaga/pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. Tiga produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

Mahu mulakan bisnes tetapi tidak ada produk? Kini kita tidak perlu risau lagi.
 
Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka.  Kita hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.  Kita hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang kita perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

InsyaAllah dengan kesungguhan, kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Peluang ini boleh dipilih mengikut pilihan hati suri sekalian.

Hubungi saya, Azian Hamid melalui : -
Facebook          : Azian Hamid
Email                : pnazianhamid@gmail.com
SMS/whatSapp : 012-4358140

 





No comments:

Post a Comment