Tuesday 21 January 2014

Persiapan Pasar Malam

Teks : Azian Hamid
Foto : Koleksi Sendiri

Hari Ahad lepas, saya membantu Mak saya berjualan di pasar malam. Dalam entri saya kali ini saya akan menceritakan apa yang di jual oleh Mak saya. Seperti yang diketahui, pasar malam biasanya di buka pada waktu malam. Jadi pada jam 4.30 petang, saya dan anak-anak buah serta dibantu oleh anak perempuan saya telah bersiap sedia untuk ke pasar malam.  Mereka juga seperti saya dahulu "dipaksa" untuk berniaga di pasar malam, seperti mana yang diceritakan di entri saya yang terdahulu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kami perlu menyiapkan barangan untuk jualan terlebih dahulu. Selesai mengangkut barangan jualan tersebut ke dalam kereta, kami seterusnya ke pasar malam dan kemudiannya memunggah keluar barangan tersebut. Jarak pasar malam dari rumah Mak saya tidaklah jauh sangat. Lebih kurang 700 meter sahaja. Seperti biasa payung, meja serta barang-barang keperluan yang lain perlu disiapkan terlebih dahulu.

Ini adalah tapak niaga. Selalunya tapak niaga ini mempunyai "tanda". Jadi, peniaga yang berada di kiri dan kanan kita tidak boleh "masuk" ke tapak kita. Apa yang perlu dilakukan sebelum perniagaan di pasar malam dimulakan.
 
 







 

Lebih kurang pada jam 9.00 malam, barang jualan telah habis dijual, kami mula mengemas kembali peralatan-peralatan tadi dan saya mula mengangkutnya ke rumah Mak saya. Alhamdulillah, cuaca pada waktu petang dan malamnya sangatlah elok. Alhamdulillah juga ke atas rezeki yang diberikan olehNYA pada hari ini.


***************************************************************





No comments:

Post a Comment