Saturday 25 January 2014

Akibat alpa dan lalai

Teks : Azian Hamid
Foto : Azian Hamid

Tiba-tiba teringat pula dengan kes hari Rabu lepas. Kes rumah di lelong. Saya telah berdepan dengan bermacam-macam kerenah peminjam-peminjam. Dimarah sesuka hati. Padahal, perkara yang dimarahkan berpunca dari kesalahan mereka sendiri. Mereka alpa, lalai. Jangan alpa, jangan lalai. Akibat alpa dan lalai tersebut akan mengakibatkan masalah di kemudian hari.  

Mereka sepatutnya menitikberatkan tentang hutang-hutang mereka dengan pihak bank. Hutang rumah, hutang kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang pinjaman kad kredit dan lain-lain hutang lagi. Tiada masa dan wang tidak boleh dijadikan alasan. Berjumpa dengan pegawai bank, adalah solusi yang tepat sekali, di mana mereka akan membantu peminjam-peminjam tersebut. Tetapi kadang-kadang saya kasihan pada mereka. Mereka mungkin ada masalah yang tidak kita ketahui.Wallahualam bissawab.


Baru-baru ini ada satu kes yang mana tarikh perbicaraannya telahpun ditetapkan. Saya telah memaklumkan tarikh untuk peminjam-peminjam tersebut hadir ke mahkamah dan memastikan kertas-kertas kerja adalah teratur sebelum tarikh perbicaraan tersebut. Pada tarikh perbicaraan tersebut, peguam saya akan hadir di mahkamah dan sekiranya peminjam-peminjam tersebut tidak hadir, maka peguam saya akan memohon supaya Perintah untuk melelong rumah/hartanah peminjam-peminjam tersebut.

Pada hari perbicaraan tersebut, peminjam tersebut (Si Suami) hadir seorang diri tanpa seorang peminjam lagi (Si Isteri). Si Suami memaklumkan kepada Mahkamah bahawa setiap bulan dia telah memberi wang kepada isterinya untuk menjelaskan bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah mereka. Dia terkejut kerana mendapat dokumen-dokumen untuk melelong hartanah mereka. Si Suami merupakan seorang pemain alat muzik, keadaan beliau yang begitu sibuk dengan kerja di merata-rata negeri dan semestinya mempercayai isterinya. Tetapi apa yang berlaku ialah isterinya tidak membayar ansuran rumah mereka pada tiap-tipa bulan. Inilah yang dikatakan alpa dan lalai.

Mahkamah telah menetapkan suatu tarikh untuk melelong rumah/hartanah mereka. Peminjam tersebut juga perlu menjelaskan kesemua tunggakan hutang rumah mereka sebelum tarikh lelongan tersebut. Kesimpulannya, jika Si Suami tadi menjelaskan kesemua tunggakkan ansuran rumahnya iaitu sebelum tarikh lelongan tersebut, pihak kami akan menarik-balik kes tersebut di Mahkamah. Rasa kasihan memang ada, tetapi saya hanya menjalankan tugas-tugas saya. 

Kita hanya ada sebuah rumah sahaja. “Rumahku Syurgaku”. Jangan biarkan bank melelong rumah kita, kerana selagi kita masih berhutang dengan mereka, selagi itulah mereka berhak untuk melelong rumah/hartanah kita. Rumah/hartanah kita merupakan cagaran bagi pihak Bank. Selagi anda berhutang dengan pihak Bank, selagi itulah rumah/hartanah anda akan di lelong. Bukan sekali malah berkali-kali sehingga lelongan tersebut berjaya.

Sekian.

Wassalam

                                *****************************************************
 


Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut : -

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Penerangan kelas: -

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Jika berminat hubungi saya:

Facebook : Azian Hamid
Email: pnazianhamid@gmail.com
pm/whatsapp : 012-4358140 


  






No comments:

Post a Comment