Guru Online : Aishah Hussein
Protege : Monalita Mansor
Protege : Monalita Mansor
Assalamualaikum
dan Salam Serumahtangga
MasyaAllah. TabarakAllah.
Ini entri saya yang ke 44 secara rasminya. Maka berakhirlah tugasan
saya di dalam kelas Asas Blog, yang saya namakan langkah pertama ini.
Selama 17 hari, rasanya saya melepasi sasaran. Saya menyasarkan
akan menghabiskan entri dalam masa 22 hari. Alhamdulillah.
Apa
yang saya dapat daripada kelas ini?
1. Sillaturrahmi - itulah rahmat
dan rezeki yang tidak ternilai. Guru dan sahabat sekelas merangkap kakak
dan adik-adik yang sangat bermotivasi. Sangat merendah diri, sentiasa
berkongsi maklumat dan tidak kedekut ilmu.
Saya bertemu dengan khalayak rangkaian
yang lebih besar, yang saling bahu-membahu di antara satu sama lain. Ya,
pada asasnya kami bersaing. Cuba memberikan yang terbaik. Tetapi
teknik persaingan dengan merapatkan saf sillaturahmi dengan mengenepikan segala
perasaan negatif itulah menjadi harapan semua orang.
Persaingan yang menjadikan kita sentiasa
sayang-menyayangi seperti keluarga. Persaingan yang perlu dikukuhkan
kerana di sini saya menyaksikan para peniaga Cina berjaya merealisasikan impian
mereka dengan bersatu.
2. Keyakinan diri entah, ini juga
rezeki batin yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Saya merasakan aura
Pn. Masayu Ahmad sudah meresap sedikit demi sedikit. Selama ini saya
mengintai dari jauh kekuatan semangat wanita Kelantan ini. (ini bukan bodek,
meminjam semangat!)
3. Peluang perniagaan pernah saya
katakan pada cikgu saya. Saya memang fobia dan trauma untuk berniaga
lagi. Saya begitu takutkan rejection. Saya takut gagal!
Tetapi, memasuki kelas Asas Blog ini memberitahu saya, untuk berjaya
harus bersabar. Kesabaran daripada berniaga itu ada ganjarannya.
Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada
seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?”
Beliau jawab:
عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
“Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan
setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628)
5. Ilmu saya mempunyai blog
sebelum ini. Bagaimanapun tidak mempunyai ilmu khusus melainkan dengan
melihat-lihat dan bertanya-tanya pada sesiapa yang sudi menjawab. Di
kelas blog ini, segala persoalan saya dijawab oleh guru yang berpengalaman dan
mahir dengan selok belok penghasilan blog.
Sebelum ini saya umpama Kak Aishah dengan anaknya di depan bangunan KLCC, lihat blognya di http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/gajet-dalam-hidup-seorang-wahm.html tersenyum seorang diri saya membacanya. Sekarang, saya boleh menjawab dengan yakin, kau tahu buat blog? Tahu!
Selain itu, rangkaian guru-guru dan sahabat-sahabat di dalam jaringan
Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai blog-blog yang hebat yang boleh dipelajari.
Penting sekali, ada masa untuk bersiar-siar di blog. Whoops, jangan
sampai anak menangis kita biarkan.
6. Masa -Masa yang sangat fleksibel. Ketika memasuki
kelas ini awalnya, saya merasakan sangat tertekan. Laptop rosak.
Komputer rosak. Saya hanya ada Blackberry yang saya gunakan untuk
melayari FB. Setiap hari, saya terkocoh-kocoh ke PPAS. Membina
blog, mencantikkannya ditambah pula pada ketika itu ada manuskrip yang perlu
saya kemaskan untuk dihantar kepada editor.
Menggunakan BB untuk memasukkan entri memang menyakitkan hati, malah
menaikkan angin kumulus nimbus tertimbus! Saya gunakan pula telefon jenama
Samsung milik anak, alhamdulillah. Entri boleh diposkan tetapi siksanya
menaip umpama menggunakan batang balak sebagai pen di atas sekeping kertas A4!
Gambarnya pula lintang pukang sehingga saya ditegur cikgu.
Tertekan sungguh. Masuk minggu kedua, omak pulang ke kampung. Si
kecil dua orang tiada pula pengasuh. Separuh hari saya digunakan pula
mengasuh anak saudara yang keletah dan manja itu.
Begitupun, oleh kerana tiada kekangan masa, semasa mereka tidur lebih
kurang dua jam, saya bergelut menaip entri sambil memasak. Tanyalah cikgu
saya. Sambil mengupas kunyitpun saya masih berada di kelas Asas Blog.
Kerana itu, saya merasakan kelas ini sangat istimewa. Selain
daripada idea spontan saya menghantar mesej kepada Puan Masayu bertanyakan tentang
kelas ini, saya rasakan mereka yang ada di sekeliling saya sekarang adalah
malaikat kiriman Allah dalam bentuk manusia. Membawa rahmat dengan
izin-Nya.
Kalau anda belum menyertai kelas ini dan inginkan pengalaman senyaman
dan seindah ini, tangan saya sentiasa terbuka menyambut kedatangan anda.
PM saya di fb atau tinggalkan mesej di ruangan komen.
***********************************************************************
Ingin memiliki blog perniagaan sendiri dengan cara mudah dan segera?
Hubungi
saya, Azian Hamid melalui : -
Email
: pnazianhamid@gmail.com
SMS/whatSapp
: 012-4358140
Facebook
: Azian Hamid

Hubungi
saya, Azian Hamid melalui : -
Email
: pnazianhamid@gmail.com
SMS/whatSapp
: 012-4358140
Facebook
: Azian Hamid
No comments:
Post a Comment