Saturday 11 January 2014

Salam Perkenalan

Teks : Azian Hamid


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana memanjangkan umur saya sehingga ke hari ini. Tahun baru sudah pun masuk hari yang kesebelas. 

Sebagai permulaan, saya ingin menghulurkan salam perkenalan kepada pembaca blog ini. Saya adalah seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bekerja di firma guaman sebagai Kerani Litigasi (Litigation Clerk). Waktu kerja saya bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Kadang kala jam 6.30 petang saya masih di pejabat, leka dengan kerja-kerja yang masih bertimbun. Begitulah rutin kerja saya selama 12 tahun 9 bulan.

Sebagai insan yang hidup di muka bumi Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) ini, kadang kala saya merasakan ada sesuatu yang masih belum dikecapi dan tidak berpuas hati kerana saya tahu ada sesuatu yang masih belum saya temui. Saya sekarang dalam perancangan ingin berhenti kerja demi keluarga saya. Saya buntu dan terdetik di hati, dari mana saya ingin mendapatkan wang untuk membayar ansuran rumah, kereta dan segala perbelanjaan harian. Berminggu-minggu lamanya saya terfikirkan hal ini.

Secara kebetulan saya melayari laman sesawang dan dengan izin Allah (Subhanahu Wa Ta'ala), saya telah menjumpai blog Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Saya telah membaca pengalaman mereka yang telah mendaftar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) tersebut. Setelah beberapa hari saya berfikir saya mengambil keputusan untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan berazam untuk menjadi seperti mereka. Saya tahu rezeki ada di mana-mana selagi kita berusaha.

Mudah-mudahan, tahun 2014 ini akan menjadi lebih bagus dari tahun-tahun yang lepas dan Insya Allah saya ingin kongsikan pengalaman ini di dalam blog ini. Ribuan terima kasih kepada Cikgu Online saya iaitu Aishah Hussein kerana sudi mengajar saya.

Insya Allah dan Wassalam

No comments:

Post a Comment