Thursday 16 January 2014

Tuala Wanita yang merbahaya

Teks : Azian Hamid

BAHAYA PRODUK PAKAI BUANG (DISPOSABLES)
                                                                 

Apa itu Tuala wanita. Tidak kira peringkat umur, semua orang tahu mengenai Tuala wanita ini. Anak saya yang berumur 7 tahun pun tahu. Kenapa saya memilih tajuk "Tuala Wanita yang merbahaya". Sebenarnya saya ingin berkongsi mengenai Tuala wanita yang berjenama Lexee. Kenapa Lexee? Anda tentu pernah dengar tentang jenama Lexee ni kan?

                                                                 Foto : Goggle

Pengalaman saya ialah selepas saya melihat gambar-gambar dan juga penyakit-penyakitnya akibat daripada pemakaian Tuala wanita yang biasa, saya terus menukar kepada Tuala wanita ini apatah lagi setelah melihat bahan untuk pembuatan Tuala wanita biasa.



Dioxin (Proses Pemutihan)
  • Tuala wanita, tampon dan lampin pakai semuanya berwarna putih, bukan? Ini kerana majoriti produk-produk ini melalui proses pemutihan kain kapas (bleaching) yang menggunakan bahan kimia bernama Dioxin. Jumlah akhir Dioxin yang wujud mungkin kecil, tetapi bahan kimia ini boleh berkumpul di dalam badan kita kepada jumlah yang berbahaya selepas penggunaan yang berterusan. Cuba bayangkan, kaum wanita menggunakan produk-produk sebegini setiap bulan semenjak remaja sehingga menopaus, berapa banyakkah Dioxin yang akan berkumpul dalam badan kita?
  • Dioxin dikaitkan dengan penyakit-penyakit seperti: Endometriosis, Keradangan pelvik, Kanser payu dara, Kanser ovari, Kecacatan bayi, Keguguran, Masalah kesuburan, Diabetes dan Kerosakan sistem imun.
  • Produk-produk yang diperbuat daripada bahan sintetik rayon (untuk fungsi penyerapan lebih) juga mempunyai Dioxin.
Bahan Kimia dari Racun Serangga
  • Tuala wanita, tampon dan lampin pakai buang diperbuat dari kapas. Tanaman kapas ini disembur dengan bahan kimia seperti racun serangga dan pembunuh kuman yang mempunyai bahan kimia bernama Furan. Bahan kimi ini juga kekal dalam produk-produk ini dalam jangka masa yang lama dan boleh berkumpul dalam badan kita.
  • Furan dikaitkan dengan: Kecacatan bayi, Bayi pra-matang, Kemandulan, Gangguan fungsi thyroid, Gangguan kestabilan hormon,  Diabetes dan Endometriosis.
Bahan Plastik, Pewangi Dan Penyah-Bau (Fragrances & Deodorants)
  • Pewangi & penyah-bau ditambah semasa pemprosesan untuk “mewangikan dan meyamankan” keadaan. Ianya boleh menyebabkan alergi kulit dan mengganggu kestabilan vagina.
  • Plastik yang digunakan untuk lapisan “dry weave” atau “dry feel cover” boleh menyebabkan alergi kulit, infeksi vagina dan kegatalan.

Penggunaan Tampon: Toxic Shock Syndrome (TSS)
  • Penyakit ini amat biasa kepada pengguna tampon. Jika tampon digunakan untuk waktu yang lama, bakteria Staphylococcus aureus akan tumbuh di dalam vagina, dan ianya membebaskan toksin dan bahan beracun ke dalam saluran darah.
  • TSS sangat bahaya! Ia boleh menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak dan lebih teruk, kematian!
  • Tampon juga mungkin boleh menyebabkan: Cirit-birit, Muntah-muntah, Pening dan  Demam.
Bahan-bahan yang Tidak Diketahui
  • Kebanyakan produk pakai buang dibuat di negara China dan India (untuk jimat kos lah, apa lagi?) Bahan-bahan dan cara pemprosesan mungkin tidak diiktiraf, tidak dijalankan pemeriksaan dan diberitahu diberitahu umum. Kita tak akan tahu apa lagi bahan-bahan kimia lain yang ditambah ke dalam produk-produk ini!
Tiada Tarikh Luput
  • Tuala wanita, tampon dan lampin pakai buang juga tidak ada jangka hayat atau “expiry date.” Kita tidak tahu bila ianya dihasilkan, dan berapa lama ianya sudah berada di dalam pasaraya. Mungkin sudah berbulan atau bertahun! Apakah kesan menggunakan produk-produk yang sintetik, dan juga mungkin telah luput?
Kesemua fakta di atas dipetik dari sumber dari internet. Untuk kepastian, kita boleh lah bertanyakan lebih lanjut dengan pakar kesihatan atau doktor peribadi. Namun begitu, dengan informasi yang telah ada, adakah kita masih mahu menggunakan produk-produk yang mungkin membahayakan kesihatan kita ini?

Ini adalah Demo Pad Lexee yang saya hadiri.

 Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=teueVYzQKPE

Ini adalah sekadar perkongsian semata-mata dari kacamata saya.

Wassalam. 









No comments:

Post a Comment