Tuesday 21 January 2014

Jalan-jalan ke?

Teks : Azian Hamid
Foto : Koleksi Sendiri 

Assalamualaikum

Ahad lepas, saya menemani En Suami jalan-jalan dan kami ditemani oleh dua orang anak perempuan kami. Jalan-jalan ke mana? Saya akan maklumkan kemudian. Jom kita saksikan keindahan Pulau Pinang. Cuaca hari ini pula amat elok sekali.

Ini adalah bangunan seperti Menara Berkembar Petronas
Menyusur keluar ke Jambatan Pulau Pinang.

Pemandangan dari susur jalan ke Jambatan Pulau Pinang
(Gambar 1)

Pemandangan dari susur jalan ke Jambatan Pulau Pinang.
(Gambar 2)

 Pulau Jadian 
Si Adik dah mula merasa bosan.  Terlelaplah kononnya. Si Kakak pula suka menyakat Si Adik. Tengah merajuk sebenarnya.

Sebuah kilang di Perai, Pulau Pinang

Jalanraya yang sibuk.



Akhirnya, kami sampai juga ke destinas iaitu Kedai Menjual Alat Ganti Kereta. Kereta saya sebenarnya perlu di servis dan ada alat ganti yang perlu diganti. Apabila saya memaklumkan kepada En. Suami, dia kemudiannya mengajak saya membeli barangan tersebut terlebih dahulu. Barangan tersebut boleh didapati dengan harga yang murah di kedai tersebut. En Suami memang selalu ke kedai tersebut. Hari ini adalah hari Ahad, jadi kedai tersebut di buka hanya separuh hari.  

 En Suami sedang dilayan oleh kakitangan kedai tersebut.


Antara barang-barang yang di jual di kedai tersebut


Inilah barang-barang yang dibeli dari Kedai Menjual Alat Ganti Kereta tersebut. Saya dan En Suami sebenarnya lebih suka jika beli minyak hitam dan oil filter sendiri. Kemudian pergi ke kedai tukar minyak hitam dan oil filter, kita cuma bayar upah sahaja dalam RM35 hingga RM45 sahaja. Jangan pergi ke bengkel dan beli semuanya iaitu minyak, oil filter ataupun barangan lain pada bengkel itu. Kadang-kala mereka mengambil kesempatan menjualnya dengan harga yang mahal kepada kita. Kepada sesiapa yang hendak berjimat cermat, belilah barang itu dulu di kedai alatganti kereta.

Sekarang masa untuk pulang ke rumah. 

Wassalam.
























No comments:

Post a Comment