Teks : Azian Hamid
Seperti mana-mana jenis perniagaan pun, berniaga di pasar malam tetap mempunyai kekurangan dan kelebihannya. Ada beberapa faktor yang perlu diketahui.
Seperti mana-mana jenis perniagaan pun, berniaga di pasar malam tetap mempunyai kekurangan dan kelebihannya. Ada beberapa faktor yang perlu diketahui.
Pertama : Tidak mengira apa yang anda jual, samada menjual makanan, minuman, barangan basah atau kering. Penjual makanan, mestilah menjual berjenis lauk-pauk, sayur, ayam goreng, ikan goreng. Penjual minuman, tentunya ada minuman yang pelbagai perisa, contohnya perisa jagung, anggur, oren, air milo, air kepala dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, harganya mestilah berpatutan. Jika tidak gerai anda akan kosong oleh kerana tiada pelanggan. Jika harga anda berpatutan, maka secara automatik anda telah mendapat pelanggan tetap.
![]() |
Foto : Carian Goggle |
Ketiga : Promosi selalunya adalah melalui pelanggan-pelanggan kita sendiri. Dari seorang pelanggan menjadi dua, dari dua menjadi tiga dan begitulah seterusnya. Pelanggan-pelanggan tadi akan mempromosikan kepada kawan-kawan, saudara-mara mereka. Kemungkinannya anda akan berjumpa dengan pelanggan-pelanggan tadi setiap minggu. Lama-lama status pelanggan tadi bertukar kepada kawan pula. Ini bermakna anda mendapat keuntungan.
Disebalik keseronokkan berniaga di pasar malam, ada beberapa faktor yang perlu diketahui oleh anda. Ianya juga adalah dugaan-dugaan yang perlu dihadapi oleh peniaga pasar malam.
![]() |
Foto : Koleksi Goggle |
Pertama : Hujan yang akan turun ataupun dari jam 3.00 petang tadi cuaca mendung, bohong kalau dikatakan tidak ada secalit pun perasaan ralat dalam hati ketika berniaga sewaktu hujan. Ini akan menjejaskan perniagaan peniaga-peniaga pasar malam. Paling terjejas teruk ialah perniagaan pakaian dan lauk-pauk. Untuk peniaga pakaian, proses memasang kanopi dan menyusun sahaja sudah mengambil masa yang lama. Bayangkan proses memasang baru separuh jalan dan tiba-tiba hujan turun. Kain tidak boleh terkena air. Bayangkanlah, baunya nanti, hapak bukan? Begitu juga peniaga makanan, Apa akan terjadi pada lauk-pauk, sayuran yang berjenis-jenis tadi? Benda sudah dimasak. Kalau boleh kena habiskan hari tu juga. Sebab itu mereka ini tiada pilihan lain kecuali berniaga juga walaupun terpaksa pulang lewat.
Kedua : Tapak berniaga biasanya akan berkongsi
dengan tapak parkir kereta. Pada tuanpunya kereta yang tahu hari pasar malam
ditempat tersebut, mereka awal-awal lagi akan mencari lokasi lain untuk menempatkan kereta
masing-masing. Tetapi pada orang luar, yang tidak faham akan keadaan di pasar malam tersebut akan menyebabkan pertingkahan.
Ketiga : Tapak gerai untuk berniaga akan diselia oleh pihak berkuasa tempatan. Jika kita terlambat ke tapak gerai kita, apa akan terjadi. Tapak gerai kita akan diduduki oleh peniaga-peniaga baru. Mereka tidak tahu yang kita cuma terlambat sampai dan bukannya tidak berniaga pada hari tersebut. Tetapi keadaan ini jarang berlaku, kerana peniaga-peniaga baru ini akan membuka gerai mereka setelah tapak gerai tersebut betul-betul kosong.
Ketiga : Tapak gerai untuk berniaga akan diselia oleh pihak berkuasa tempatan. Jika kita terlambat ke tapak gerai kita, apa akan terjadi. Tapak gerai kita akan diduduki oleh peniaga-peniaga baru. Mereka tidak tahu yang kita cuma terlambat sampai dan bukannya tidak berniaga pada hari tersebut. Tetapi keadaan ini jarang berlaku, kerana peniaga-peniaga baru ini akan membuka gerai mereka setelah tapak gerai tersebut betul-betul kosong.
*******************************************************************
Tahukah anda bahawa perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam,
malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya :
“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah
dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis
perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”
“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan
sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang
demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
(61:10-11)”
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan?
Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha
tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak
dijalankan dengan betul.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment