Monday 31 March 2014

Blog Bersarang

Teks : Azian Hamid

Assalamualaikum.

Akibat kesibukan kerja dan tiada masa untuk mengemaskini Blog ini, Blog saya kini telah bersarang. "Address" Blog dan kata laluan pun sudah hampir terlupa. Semakin lama dibiarkan saya semakin ketinggalan untuk menghabiskan 44 entri. Ianya umpama seperti hendak mendapat Diploma atau Ijazah. Perlu menghabiskan dahulu tugasan dan barulah mendapat habuannya. Tetapi saya sekarang semakin ketinggalan. Saya cemburu dengan rakan-rakan yang lain. 

Namun, saya tidak mahu berputus asa, biar lambat menghabiskan tugasan sekalipun, saya tetap akan menghabiskan tugasan saya. Biarlah saya menjadi seperti kura-kura, akhirnya akan berjaya kelak.

Foto : Carian Goggle

Saya terfikir juga, kenapa ada Blog, jika biarkan ianya tidak dikemaskini. Orang lain sibuk hendak membuat Blog, saya pulak hanya membiarkannya sahaja ianya bersarang. Saya bukannya membiarkan Blog saya tidak dikemaskinikan, tetapi kerana kesibukan, saya terpaksa membiarkannya.

Walaubagaimanapun, kepada saudara / saudari yang masih belum mempunyai Blog, saudari / saudari bolehlah menghubungi Cikgu saya : Aishah Hussein atau Whatsapp beliau di 013-3837768 untuk keterangan lanjut.

*********************************************


Hubungi saya :

Facebook : Azian Hamid
email : pnazianhamid@gmail.com
sms / whatsapp : 012-4358140



  

Wednesday 19 February 2014

Cara Mengait Taliair @ Chain

Teks : Azian Hamid

Foto : Azian Hamid

Assalamualaikum.

Dalam entri saya yang lepas iaitu Sebelum Mula Mengait kita telah belajar cara-cara untuk memegang jarum dan benang kait. 

Pada entri kali ini, saya akan menunjukkan bagaimana cara hendak membuat taliair @ chain (ch) dan seterusnya menaikkan benang.

  

Anda boleh kait perlahan-lahan mengikut arahan / simbol yang ditunjukkan di atas. InsyaAllah, saya percaya anda boleh lakukannya!

Wassalam.

                                 *********************************************

 




 

Friday 14 February 2014

Sebelum Mula Mengait

Teks : Azian Hamid
Foto : Azian Hamid


Sebelum anda mula mengait, kita akan belajar : -

1. Cara memegang jarum dan benang kait

 
Pegang hujung benang atas jari anda dengan tangan kiri seperti yang ditunjukkan. Pegang jarum di tangan kanan anda

2. Cara hendak mengait

 

Mulakan dengan membuat rantaian @ “chain” (ch) dengan bilangan jahitan @ “stitches” (st) yang dikehendaki

i)  Pusingkan jarum anda seperti yang ditunjukkan oleh anak panah

ii) Dengan perlahan-lahan anda tarik benang hingga ke hujung benang untuk mengetatkan simpulan

iii) Seterusnya buat rantaian @ "chain" (ch)

iv) Rantaian @ "chain"(ch) pertama anda telah siap

v) Teruskan dengan rantaian @ "chain" (ch) sehingga anda mahir

Sekian, berjumpa di lain entri.

                    *********************************


Anda berminat untuk miliki BLOG dan FAN PAGE? 

Saya percaya bermula tahun 2014 semakin ramai yang ingin memulakan bisnes di talian secara online bagi menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Alhamdulillah, dengan secara rasminya kini saya ingin menawarkan perkhidmatan bagi membina 2 platform untuk mula bisnes online. 

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGE untuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikitui Kelas Online ataupun offline kami. 

Kami akan menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian. Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/ selama 1 tahun. 

Pakej berharga RM300 sahaja dan anda akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan.

1. Ebook bernilai RM50-boleh pilih antara 3 di bawah:

=> ebook belajar asas blog
=> ebook mula bisnes butik online /offline
=> ebook 101 idea home based bisnes


2. DAN Ebook bernilai RM25 

=> ebook superwahm supermom 

Untuk makluman kalian, SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 350 buah blog yang terhasil dari Akademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 300 buah blog ini.  

Ini adalah tawaran perkhidmatan bermusim, jadi dapatkan perkhidmatan ini dengan segera. Pendaftaran setiap hari.


Hubungi saya melalui :  

facebook : Azian Hamid
e-mail : pnazianhamid@gmail.com
sms / whatsapp : 012-4358140
 









Tuesday 4 February 2014

Ulasan Kelas Online - Firdaos Mohd Rawi




 

Adat orang yang tidak tahu mestilah perlu berguru. Guru yang  mempunyai kemahiran merupakan satu nilai tambah  bagi seseorang pelajar. Setelah beberapa bulan berguru dengan Puan Masayu Ahmad dalam pembinaan blog akhirnya blog rasmi saya lahir. Mendapat bimbingan secara berterusan walaupun tidak pernah bertemu secara berhadapan.

Medium yang ada pada hari ini seperti internet dan facebook membolehkan kaedah belajar jarak jauh terlaksana dengan baik. Walaupun boleh belajar daripada sifu-sifu youtube tetapi belajar daripada kak MasAyu Ahmad juga menarik.

Secara keseluruhanya 95% anak murid Puan MasAyu Ahmad adalah wanita. Mungkin tuah saya diterima sebagai murid walaupun saya adalah seorang Adam dan bukan Hawa. Namun begiu melalui kelas asas penulisan blog ini, barulah saya dapat tahu kepentingan penjenamaan nama sebelum menggunakan blog dan sebagainya. Selain itu sedikit sebanyak melalui kelas ini, telah mendorong saya lebih yakin untuk menulis walaupun saya bukan seorang penulis dan buka pelajar sastera Bahasa Melayu tika di bangku sekolah dahulu.

Adat belajar perlu berguru adalah istilah yang sangat penting agar tidak tersasar. Jika tersasar sudah pasti diulam dengan teguran daripada guru. Permata yang ditabur ketika miskin idea sangat bernilai. Semoga kelas ini berterusan kerana pada pandangan saya yang daif ini ia telah dapat membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Dunia yang berbeza ketika ini memberi peluang dan ruang kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa untuk berjaya melalui penulisan blog.

Terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad atas kelas asas yang memberi input yang baik pada diri saya. Semoga kelas ini berterusan memberikan impak positif kepada masyarakat.


********************************** 



Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

Hubungi saya melalui :

facebook : Azian Hamid
e-mail : pnazianhamid@gmail.com
sms / whatsapp : 012-4358140