![]() |
Foto : Carian Goggle |
Buka
saja Yahoo, dah ternampak muka Dato Shah Rukh Khan. Alahai Dato, kenapalah
pulak. Bukan nak cerita mengenai Dato, malam sikitlah baru Goggle mengenai
Dato.
Sekarang
ni
tengah panas mengenai berita tentang guru dera pelajar. Beberapa hari
yang lepas, seorang guru membuli pelajar dengan menggantung loceng
dileher dan diberikan rumput pada waktu rehat. Atas alasan apa guru
tersebut berbuat demikian? Pelajar-pelajar tersebut tidak menyiapkan
kerja rumah seperti yang disuruh. Guru ini terlampau mengikut perasaan. Teringat pula anak-anak saya disekolah. Jika perkara yang sedemikian
berlaku, apa tindakan saya nanti. Hishhh, saya mesti berfikiran positif.
![]() | |||
Foto : Carian Goggle |
Semalam, seorang
kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen
sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan kerana gagal menghafal
A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada
huruf D. Sebagai seorang guru, emosinya
biarlah bertempat.
Guru...Guru dikatakan antara orang yang paling sesuai dalam memikul peranan
ini. Hal ini kerana tugas mereka pada zaman sekarang bukan sahaja untuk
mengajar, malah untuk mendidik. Perkara ini menyebabkan terjalinnya satu
ikatan yang kuat antara guru dan pelajar sehinggakan ada guru yang
sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi kecemerlangan
pelajar.
Tetapi, jangan lupa bahawa ibubapa juga memainkan peranan yang penting.
Hurmm apa cerita Dato Shah Rukh tadi?
****************************************
No comments:
Post a Comment