Teks : Snh
Nurulhusna
Teruja apabila didedahkan
dengan dunia blog semasa di Kelas Asas Blog dan Penulisan, lantas saya
mengintai untuk menempatkan diri di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif pula.
Kedua-dua kelas ini kedengaran seperti serupa namun 'udara'nya berlainan
sekali. Memang tidak bosan kerana kedua-duanya punyai keistimewaan yang
tersendiri. Seandainya ada rezeki dan kemampuan, mahu saja saya bolot rekod
mendaftar semua kelas yang ada di ABR. Tamakkan ilmu tidak mengapa rasanya!
Masih terkial-kial di Kelas
Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah
namun usaha tetap usaha. Saya tidak pandai menulis, dan kelas-kelas ini untuk
menjadikan saya terbiasa dengan aktiviti menulis kerana sejarah telah
membuktikan, orang-orang yang berjaya terdiri daripada penulis. Saya ingin
berjaya, jadi teori yang mudah, hendak berjaya mesti menulis. Tulis apa?
Mungkin sesuatu yang boleh menaikkan motivasi saya sendiri dan dalam masa yang
sama boleh dikongsikan dengan insan lain di samping menggalakkan saya memburu
ilmu. Jikalau tiada 'input' manakan pula hendak keluar 'output'nya.
Dengan menulis juga
membuatkan saya berfikir beberapa kali sebelum menyasar dalam tindakan mahupun
kata-kata. Syukur Alhamdulillah, salah satu ciri yang dikesan dalam kelas
online ini ialah mesra pelajar dan contoh yang diberikan amat mudah difahami.
Saya amat kagum kerana kebanyakan penulis yang berpengalaman dalam penulisan
pun masih mendaftar untuk belajar di kelas di bawah kelolaan Cikgu Monalita
Mansor.
*******************************************
Sertai kami di Akademi Bekerja
di Rumah (ABDR) bersama rakan-rakan lain dan belajar cara membina blog dan
menjana pendapatan hanya dari rumah.
Untuk pendaftaran boleh PM saya
di : -
Facebook : Azian Hamid
Email : pnazianhamid@gmail.com
whatsapp : 012-4358140
No comments:
Post a Comment